Thursday, January 9, 2014

Lirik Lebih Indah, Dato Siti Nurhaliza

 Lebih Indah
 Dato' Siti Nurhaliza


Pelangi
Terlihat tika, adanya titisan hujan 
Begitu resam alam
Perlu ada kepelbagaian
Cabaran dan dugaan
Membuat hidup lebih indah

Di sekelilingmu ada dinding dinding 
Yang menghadangi dan menghalangi
Di sekelilingmu ada laut - laut 
Yang menghampari dan merintangi
Jiwa serta raga
Cinta jiwa cinta
Kau harunginya
Kau harunginya

Umpama 
Purnama jingga
Cantiknya, di langit senja
Warnanya yang tercipta dari debu zarah udara
Mengajar hidup kita, ragam kan menghasil yang indah


Di sekelilingmu ada dinding - dinding 
Yang menghadangi dan menghalangi
Di sekelilingmu ada laut - laut 
Yang menghampari dan merintangi
Jiwa serta raga
Cinta jiwa cinta
Kau harunginya
Mengharunginya

Tiada yang mustahil di dunia
Segalanya mampu ditawan 
Sejauh mana kemahuan
Demi ke sana 

Di sekelilingmu ada dinding - dinding 
Yang menghadangi dan menghalangi
Di sekelilingmu ada laut - laut 
Yang menghampari dan merintangi
Jiwa serta raga
Cinta jiwa cinta
Kau harunginya
Mengharunginya 


Wednesday, January 8, 2014

5 bulan lagi

Assalamualaikum. hai.
lama nya rasa tak conteng dinding ini.
sibuk.
sibuk dengan hal dunia.
hal dunia yang hanya akan habis ceriteranya bila kita menghembuskan nafas terakhir.
soalnya bila nafas terakhir tersebut?
hanya Dia yang tahu.

Apa tujuan aku kembali ke sini?
hanya ingin mencoretkan rasa hati emasa gembira, sedih, suka dan duka.
bukan untuk berbangga diri, bukan untuk riak,
untuk yang tidak berkenan,
kiranya ada perkataan yang kurang enak dibaca,
mohon ditegur,
aku manusia biasa
jangan pinggirkan aku seolah aku pendosa yang tidak bisa diampun dosanya
Allah SWT lagi maha pengampun, Rasullulah SAW juga memaafkan umatnya,
Apatah lagi umatnya.

Moga dipermudahkan jalan hidup ini.
5 bulan lagi sebelum habis pengajian.
InsyaAllah.

gambar hiasan



Friday, July 5, 2013

Cekadak apakah itu SANTUN sebenarnya?


Soalan lazim mengenai SANTUN YaPEIM

1) Apa itu SANTUN?
SANTUN merupakan singkatan bagi Skim Anugerah Kecemerlangan Pelajar Nasional yang bertujuan memberikan apresiasi kepada pelajar yang cemerlang semasa SPM. Ianya bukan biasiswa, bukan pinjaman, bukan MLM, bukan skim cepat kaya, jadi penerima sumbangan masih boleh menerima skim SANTUN walaupun anda penerima biasiswa JPA, MARA, PTPTN dan sebagainya. Pemilihan dilakukan oleh JPN negeri masing-masing dan permohonan dihantar ke Jabatan SANTUN. Di dalam SANTUN, peserta akan menerima dua jenis faedah, iaitu faedah kewangan dan faedah bukan kewangan. Faedah kewangan adalah berbentuk sumbangan RM1000 setiap tahun (6 tahun) sehinggalah penerima sumbangan tersebut tamat belajar. Faedah bukan kewangan adalah penyertaan secara percuma dalam pelbagai jenis program yang dianjurkan. Senarai program yang telah dijalankan setakat ini boleh dilihat di SINI 
(AMARAN: untuk ahli komuniti santun sahaja)

contoh program yang sempat saya coretkan di blog
Program Sireh Pulang ke Gagang
AGM Koperasi dan SANTUN Adik-adikku
di Rumah Anak Yatim
kursus pengurusan tauhidik, kursus kepimpinan, kursus keusahawanan, dan BANYAKKK lagi


2) WAJIB join semua program SANTUN ke?
Ingin ditegaskan di sini, pihak pengurusan santun tidak memaksa mana-mana warganya untuk WAJIB menyertai semua program tapi sekurang-kurangnya join program setahun sekali sudah cukup melayakkan diri untuk terus kekal sebagai peserta skim SANTUN. itu syarat yang sudah termaktub semasa kita semua menandatangani surat penerimaan tawaran skim santun at the first place. bukan penglibatan utk semua program yang diharapkan sebenarnya, tapi minat dan kasih sayang terhadap santun tu yang lebih penting.

3) Apa faedah sampingan apabila menyertai semua program SANTUN?
Untuk pengetahuan semua, semua program yang dianjurkan SANTUN adalah dikelolakan oleh PESERTA SANTUN sendiri. Bermula dari penyediaan surat, jemputan ke program dan pengurusan program adalah diuruskan oleh kawan-kawan kita sendiri. Individu yang menelefon anda dari pejabat SANTUN juga mungkin dari kalangan peserta SANTUN sendiri. Jadi, anda sendiri boleh mencuba untuk menjadi urusetia program dan mengasah, mencungkil serta membentuk kemahiran insaniah baru yang tidak pernah difikirkan sebelum ini. Percayalah! Pengalaman yang didapati sangatlah berharga, dan tak mudah dapat dari mana-mana program lain. Cuba dulu, baru tahu!


4) Siapa pegawai YaPEIM yang menguruskan SANTUN?
Pengurus SANTUN adalah Encik Khairul Anuar Ibrahim
dan beliau dibantu oleh Encik Faiz Abdul Rahim

5) Belum pernah kenal sesiapa, seorang diri dalam SANTUN?
Sewaktu berprogram dan menjadi urusetiai adalah masa yang sesuai untuk berkenalan satu sama lain. saya dulu pun tak kenal sesiapa. saya percaya, ramai lagi, mula membentuk ukhuwah baru sebelum, semasa dan selepas berprogram. Untuk pengetahuan semua, kita ramai 'saudara' di institut pengajian tinggi di dalam juga di seantero dunia. Ingin kenal mereka? Jom join program? ;)

6) Ada kawan/saudara yang nak jadi peserta SANTUN dan nak sertai program?
Seperti yang telah dimaklumkan di item pertama, pemilihan adalah melalui JPN <--> SANTUN. Namun begitu, rakan/saudara anda tersebut boleh menyertai program yang dianjurkan sebagai SUKARELAWAN program. Akan dimaklumkan oleh pihak urusetia apabila program tersebut boleh disertai kepada BUKAN warga SANTUN.

7) Apa fungsi Group FB Komuniti SANTUN ?
Komuniti Santun merupakan laman rasmi bagi menghubungkan semua anggota Kelab SANTUN-YaPEIM. Melalui laman ini, semua anggota akan dapat mengetahui perkembangan terkini Kelab SANTUN-YaPEIM terutamanya aktiviti-aktiviti yang dianjurkan. Segala maklumat berhubung aktiviti terkini akan dimaklumkan oleh anggota kelab yang bertanggungjawab.

Namun harus diingatkan bahawa laman ini bukan lah satu-satunya medium perhubungan sesama anggota, sebaliknya setiap anggota boleh berhubung melalui telefon untuk mengetahui perkembangan terkini.
Laman ini hanya memfokuskan kiriman-kiriman rasmi tentang Kelab SANTUN-YaPEIM. Oleh itu, setiap anggota di saran agar tidak mengirim maklumat-maklumat lain ataupun picisan ke laman ini. Bagi meneruskan niat untuk menghantar kiriman yang tidak rasmi, anda boleh melawati dan menyertai laman 
"Untuk Kite2 aje ;)' atau pun mengklik pada pautan ini http://www.facebook.com/groups/santun.riang/

Selamat menyertai keluarga SANTUN.
Maklumat lanjut mengenai SANTUN boleh didapati di pautan ini

Sekiranya berkelapangan, bolehlah datang menjenguk JABATAN SANTUN di alamat:
No. 11, Tingkat 3, Bangunan SBM,
Jalan Manau, Off Jalan Kampung Attap,
50460 Kuala Lumpur.
Kepada yang masih kurang faham mengenai SANTUN, boleh bertanya ye.

salah satu aktiviti SANTUN. ha3


Yang benar,
Setiausaha kelab SANTUN YaPEIM
Nurulhusna Abdullah
0132159795
UKM KL

Wednesday, June 19, 2013

At least It Has Ended

Cak!

Bom sama dia bom sama dia bom bom bom bom bom!!!
Alhamdullilah, at least it has ended!

saja nak meroyan. ada lagi 2 paper. Proses teknologi industri kesihatan dengan patofisio.
Cepatlah habis. rasa kecewa jugak dengan paper biomol dan toksik yang aku merapik tak ingat dunia sebelum ni.

Bukannya kau tak boleh buat langsung ye dak husna *pandang cermin*
cuma ada la yang aku hantam sehantam hantamnya sobsssss
Tapi, who cares? Cuba faham dan dalami dan hayati sikit konsep doa usaha tawakal redha tu wahai husna?!
insyaAllah ada hikmah semua tu. usaha lagi untuk paper seterusnya ni. jyeaaaaaaaaaah!
ktujenakpostbye

Thursday, June 13, 2013

Saat Bahagia

Assalamualaikum.

Hai

Lamanya aku tak menaip. Maksudnya menaip untuk blog. Sibuk! But now, aku nak mulakan semula apa yang aku dah hentikan buat sementara waktu dulu.
Dari meroyan kat twitter, baik meroyan kat blog ye tak? eh.

Sebenarnya nak cakap, hari ni, 13 Jun 2013. Lagi beberapa hari lagi pengajian aku sebagai Mahasiswa Sains Bioperubatan akan tamat. yeeeeeeeeeeha!
And the bad news is, dah nak masuk tahun 4. Final year. Omomomomo. Scary.
scary sebab dah jadi super senior Biomed, satu lagi scary sebab bakal jadi Ketua Eksekutif Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) KTSN.
Means, dah 3 tahun berturut aku jadi MEP yang sebelum ni namanya JAKSA. *pengsan*

That is not my main reasons pun sebenarnya aku meroyan kat sini.
Nak share saat-saat terakhir with my best friendssss di Tasik Titiwangsa je. kakaka
Ni ha, dah malas nak menaip. Aku haplod gambo2 sebagai tatapan semua je lah ye.
*bajet ada orang nak baca blog kan* puiii

cantik tak view? tengoklah sapa fotografer. eh?

Pura'aaa. InsyaAllah tahun 2015 akan kahwin hik3. Amin!

Dayah. 2 previous year pun dia duduk di bangku yang sama. Me as her photographer. How time Flies~

How time flies.
Btw, 29 Jun ni aku nak ke Institut Pertanian Bogor, Indonesia sampai 2 September 2013. Latihan Industri dekat Pusat Kesihatan (PUSKES) di kawasan IPB tersebut.
Nanti aku meroyan lagi.

Ceit. banyak sebenarnya aku nak tulis lagi. tunggu lah time aku di Indon nanti ;)
Doakan ada Internet Connection yeee


Besok kertas peperiksaan kedua. Biostatistik Gunaan. Doakan.
Moga Allah mengampuni dosa-dosa kita.
Amin.
Salam.



Wednesday, August 31, 2011

Sepetang Di Asrama Bakti Penyayang Nur Iman

12 Ogos 2011 (Jumaat)
Melawat rumah yatim bersama kak Aishah dan kak Sazwani. untuk tinjau dulu keadaan sebenar asrama tersebut. Waktu tu, terjumpa seorang kanak2 yang yatim piatu berumur 5 tahun. main buaian berseorangan. bila ditegur, pandang ke bawah je. macam tak nak angkat muka langsung. hati dia tak da sapa yang tahu.

Bila dirisik2, rupa2nya dia takut kalau2 kami ini nak bawak dia jauh dari situ. -.-
apa yang aku janjikan pada dia "adik, hari selasa ni kami dtg tengok adik lagi ye. ramai lagi akak2 dan abg2 yang nak main2 dgn adik." dia cuma senyap, angguk dan tersenyum sikit. baru nampak senyuman dari wajah comel dia tu.
otw ke rumah anak2 yatim tu. [sempat lagi posing -.-]
16hb Ogos 2011 (Selasa)
Majlis berbuka puasa bersama anak2 yatim di situ.
Satu je yang tak best.
Sebab tak dapat spend masa lama2 kat rumah tu -.-
25 orang peserta SANTUN terlibat dalam majlis berbuka puasa ni.

semua orang hepi. suka tengok gambar ni.
adik danish!
puteri2  asrama bakti penyayang
Suriya bersama anak Ustazah Shahrimah, pemilik asrama anak yatim ini.
putera2 asrama bakti penyayang
petangnya, gotong royong menyediakan tempat untuk majlis berbuka ini.
gambar ni comel!
memang sifat keibuannya sangat terserlah

satu tangan sampai 2pinggan. tangan sape la tu agaknya? :P
abg yaya (taufiq abdullah) dan adiknya :P
*Bagi sesiapa yang berniat untuk bersedekah serta beramal jariah, ataupun berminat untuk mengadakan program di asrama anak2 yatim ni, hubungi Ustazah Shahrimah binti Ali di nombor 019-2519082 . 
Apa2 jenis bantuan sangatlah dialu2kan.


Lokasi : Jalan Bakubang, Taman Setapak, Kuala Lumpur. 
[sebar-sebarkan] :)

Sunday, August 28, 2011

Menandatangani Memorandum di INTEKMA Resort

4 Julai 2011
Isnin.
Intekma Resort, Shah Alam.
Program cuma sehari.
Tapi persiapan ke arah memastikan program ini berjalan dengan sebaiknya, rumit dan memakan masa. Namun, Alhamdullilah. berjaya dilalui dengan semangat SANTUNians dan juga Pengurus SANTUN, Puan Siti Aishah Abdullah yang cekal dan tabah. ^_^
Majlis Menandatangi Memorandum Persefahaman antara YaPEIM dan Universiti Teknologi MARA(UiTM). berikutan MOU ini, Kelab SANTUN IPT di UiTM telah mendapat kelulusan daripada UiTM sebagai sebuah badan pelajar bagi memajukan tujuan2 atau kepentingan seperti yang dinyatakan dalam perlembangaan kelab.

Dengan wujudnya Kelab SANTUN IPT di UiTM dan juga di universiti2 yang terpilih, ianya akan memudahkan lagi pelaksanaan program SANTUN di peringkat universiti di samping meluaskan lagi nama serta program2 SANTUN ke mata pelajar2 universiti pula. *tolong tambah ye kalau ada kekurangan!

makan! makan! makan!
Mesyuarat hingga ke pukul 2-3 pagi. Mesyuarat jawatankuasa untuk Perhimpunan 1000 SANTUN yang telah diadakan di UPM Serdang pada 19 Julai 2011.Lepas tu makan KFC kan? :P

Tapi, tabik spring lah pada semua yang hadir. tiada rungutan. masalah sikit2 tu kita ketepikan. maklumlah. letih. penat. tak cukup tidur. Semua orang tak cukup tidur. tapi jangan jadikan alasan untuk kita ulang semula kesilapan yang dah kita buat ye *faham2 sendiri. Renung-renungkan! ^_^ insyaAllah.