Sunday, August 28, 2011

Program Sireh Pulang ke Gagang di Salor, Kelantan

13- 17 Jun 2011
KL Sentral -Tumpat.
Ekspres Senandung Timur.
25 orang dari KL.
keseluruhan peserta seramai 60 orang.
12 Jam perjalanan.
Rasa macam nak terjun dari tingkap tren atas sebab ketidakselesaan akibat demam yang teruk.
Ada katil. tapi 30 minit je yang mampu tidur. pastu terbangun. last2, orang yang tak sakit yang tidur kat situ.HAHA

Sampai di kelantan kira2 jam 9 pagi. disambut oleh team SANTUNians yang sudah berada di Kelantan.
Seronok walaupun demam. Memikirkan apa yang bakal dilalui kira2 5hari berprogram.
di Mak Dah Homestay!

Dibawa ke tempat menginap naik bas. Di depan WAKAF CHE YEH! Mak Dah Homestay.memang tempat yang strategik untuk menghabiskan duit untuk bershopping. tak lupa juga di Rantau panjang dan kami semua tak melepaskan peluang untuk bergambar di Masjid Beijing yang sangat SEJUK! HAHA. 
di hadapan Masjidil Beijing, Beijing, China. :P

SPKG kali ni dijalankan di Sekolah Kebangsaan Pendek dan juga di rumah yang memerlukan bantuan kami untuk sedikit penambahbaikan. Di SK Pendek. SANTUNians telah dilantik menjadi fasilitator pada adik2 yang bakal menduduki UPSR pada tahun ini. dan baru2 ini. kami mendapat berita bahawa 15orang daripada adik2 tersebut mendapat 5A dalam percubaan UPSR. tahniah adik2! :')
hasil karya adik2 di SK Pendek!

malamnya,hujan. kami bergerak ke Rumah Anak2 Aids Nur City Centre, Bachok, Kelantan. Sebak menyelubungi diri kami semua tatkala ada di antara adik2 tersebut yang tampil ke hadapan untuk menceritakan kisah hidup masing2 di samping persembahan yang sangat menyentuh perasaan! :'(
salah satu tugas yang dilakukan sebelum separuh dihantar ke SK Pendek :P

Majlis perasmian di SK Pendek aku tak dapat sertai sepenuhnya. Lepas KP YaPEIM masuk ke dewan SK Pendek, terus aku rasa nak pitam dan mengambil keputusan untuk berada di dalam surau untuk berehat selepas makan ubat batuk milik Kak Yasmin. terus 'pengsan' sampailah aku dikejutkan oleh Hayatunnufus dan seorang lagi junior batch 5. dah terlupa. maaf. dan aku nak memohon maaf dan berterima kasih  pada kak Hashimah kerana telah mengambil alih tugas aku untuk memberikan penerangan pada SANTUNians dan juga pada adik2 SK Pendek mengenai modul dan juga aktiviti2 yang bakal diadakan sepanjang berada di situ :')



Program diteruskan di rumah orang yang kurang upaya yang lokasinya terletak di hadapan rumah Dato Hajah Zaleha Husin [ Ahli Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM]. operasi mengecat dan membersih dijalankan. Namun atas sebab2 tertentu,  separuh daripada kami dibawa ke SK Pendek untuk melakukan aktiviti khidmat masyarakat di sana. Aku salah seorang darinya. di Perpustakaan sekolah tersebut. HAHA. kenapa aku gelak? satgi aku cerita.
rumah yang telah dicat oleh SANTUNians!

Selepas kepenatan, berehat la kami semua di setiap sudut di perpustakaan itu. ada la sorang ni yang bosan dan membaca buku kisah2 kanak2. buku itu sangat lawak! dengan nada bacaan Abg Izdiyad lagi. sampailah terjumpa satu peribahasa dalam buku tu, yang kami2 yang berada di situ akan ingat sampai tua. Peribahasanya -> Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam, begitulah juga dengan telur rama-rama. HAHA.
Adik2 SK Pendek  bersama Rozita, Putri dan Aizat.

balik dari gotong -royong, ada Majlis Hi-Tea di kediaman Dato Zaleha. aku kena bagi sepatah dua kata bagi pihak perempuan. Dah la tersasul. Nervous! HAHA. i'll make sure ianya tak kan berulang insyaAllah dan Selamat Hari lahir Haqimi dan Abg Najmi! nervous ke tiba2 nama anda berdua dipanggil untuk memberikan ucapan? :P padahal nak buat surprise dan kasi kek :P 
ini dia kek untuk Abg Najmi dan Haqimi! 

Malam terakhir di Kelantan. Shopping di Wakaf Che Yeh! hoho. tak kira berapa duit aku yang mengalir laju bak air terjun di Wakaf Che Yeh tu. Besoknya, bertolak petang. sampai di YaPEIM semula dalam jam 4 pagi. And our journey does'nt stop there! 
Berjaya Times Square!

Bagi yang tak balik pada pagi tu. Kak Aishah mintak kami2 ni tidur di hotel dulu sebab ada yang tak ada tiket. so kami2 ni menginap di Adamson Hotel, Chowkit. Aku pun tumpang 2kaki. HAHA. 1hari tu kami manfaatkan. tak kan nak duduk goyang kaki dalam bilik kan? so kami sambung kepenatan kami dan berjalan2 di Berjaya Times Square sambil menonton wayang *Green Lantern dan main bowling! ada 3team. satu team 4 orang. Hoho. seronok. Oh my. Dah letih menaip. Nak sambung entri seterusnya untuk next program pulak.! as salam dan Salam kemerdekaan! ^^,


Macam biasa. Ni link untuk tengok gambar2 lain.

Album 1
Album 2
Album 3




2 comments:

sue94 said...

Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam, begitulah juga dengan telur rama-rama

Muhammad Tarmizi bin Kamaruddin said...

Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam, begitulah juga dengan telur rama-rama