Thursday, November 25, 2010

BanGuNaN Pelik TaPi ComEL!!

rumah yg macam gua.cantik!
Rumah percutian yang berbentuk 'J' yg terletak di Japan.Sesuai utk nature lover.best! >.<
rumah berbentuk tandas! langsung x comel! tapi unik!
guitar store! smart beb!
arkitek yg buat building ni mesti da bosan sgt2 asyik lukis pelan yg sama ja.tu yg tukar citarasa agaknya >.<
yang ni gegeh ya amat! sampai ke atas tu! adoi!
kreatif! konon2 nya kena tiup angin la umah ni. x boleh blah betul!
haha! bapak besar pili bomba ni! 0.o
 
fesyen baru! arkitek2 di malaysia! sila lukis pelan bangunan terbalik!
smart! tapi serabut agak serabut.
shoe house di Pennsylvania, United States
 'kansas city public library' di united states! macam buku betul! kreatif sungguh!
telur2 tu comel!tempatnya di Ferdinand Cheval Palace a.k.a Ideal Palace (France)
cekadak ni di amsterdam!apartment yg smart!
bangunan apartment di quebec,canada!da macam puzzle pulak.
yg ni cantik!
bangunan terkurus di dunia! apela yg boleh disumbat dalam tu.bangunan ni di Haikou, Hainan Island, China
comel! bangunan berbentuk bakul yang menempatkan Pejabat Korporat Syarikat Longaberger.Makcik2 yg x cukup bakul utk g market tu boleh la ambik bakul ni sekali.satu market boleh isi sekali.

Wednesday, November 24, 2010

:::yeayyy!! harry potter!!:::

 TAMAN TEMA HARRY POTTER ORLANDO!
istana hogwarts!

perkampungan hogsmeade!

yeayyyy!
haha! gambar2 x bole gerak! hahaha!

>.<
eh! gambar khinzir.sory!

pintu gerbang!

adoiiii..kalaulah betul!
pondok hagrid! cantik!

p/s:kumpul duet..nnt kita pergi sama2 ye ^^,

Sunday, November 21, 2010

:::bosan! rindu! :::

waduh2..bosan ya amat..x tahu nak buat ap dah.novel harry potter da bnyak kali ak ulang,pirates of carribean pon,Al-Quran on the way,anak2 buah aku pulak balik umah bapak diaorg d perlis.siyes rindu!

nak ronda2,malas.nak kuar depan rumah,ramai makcik2 tgah bergosip,lagila malas nak join.akak aku lak sibuk dgn anak2 muridnya,bapak ak sibuk dgn kerjanya.mmg sgt bosan la jdnya idup aku di rumah.kengkdg terasa sunyi.pukul 2 pm baru akak ak balik dari keja.da la kgkwn yg selalu meronggeng ngan aku time ak balik cuti pulak tgah sibuk study tuk stpm.Chaiyok2!!

da 2 hari asyik muntah2 cirit2.oppss!! sori.da tertaip! malas nak padam.haha
keracunan rasanya..badan aku pun da susut da cket.letih ya amat.bilala nak baik..seharian terdampar di ruang tamu.naseb baek x de sesape dtg umah.akak ak pulak asyik paksa ak makan pil chi kit teck aun tu..ak x suka ubat tu...=.='' tp alhamdullilah,,semakin sembuh...
tapi...yeayyy!! nak kurus! *kalau la boleh! muahaha

boboy! milia! cepatla balik.mmg x de geng nak gado2 n maen2.selalu budak berdua tu la tempat ak bermanja! *ceit,mnja la sgt! bila diaorg x de..hmmm..boboy bakal bersunat.tu yg bapak boboy bawak diaorg g perlis tu..kan lama da x jumpa anak dia..tu yg bawak sekali amilia tu =.='' sian pulak kat kak aku keseorangan..
meronggeng!!!

Haha..mula2 time budak berdua tu ad kat sana..mmg aku ngan akak aku rancang mcm2..PUNG PANG PUNG PANG! nak g sana la,nak g sini la..kan kami dua beradik ja yg ad kat umah tu,bapak pulak mlm baru balik,akak aku yg 2nd pulak ad kat penang island,sibuk..so jarang la kami nak meronggeng bertiga =.=''

boboy!! milia!!
last choice tuk ilangkan bosan ialah online.kat umah mn ad cc.so kalau nak online guna nset bapak aku.x pun,akak aku ,kak nda bawak aku g online kat cc.bole je! =)
yeayyyy!! akak ak da cuti sekolah! ad la teman time cuti ni tuk meronggeng ngan bapak aku n akak kedua aku jugak! insyaAllah! satu famili..al-Fatihah untuk arwah mak aku..28/11/2010 ni cukup 4 taun arwah tinggalkan kami sekeluarga...


                                               p/s:rindu...rindu serindu rindunya!!;'(

Sunday, November 7, 2010

:::dah berhabuk!!:::

assalamualaikum!!
wah.mmg da bhabuk da nmpaknya blog ak ni.lama sgt x jenguk2..haha--
semalam ad yg cakap ak ni da lama x update blog--tetiba lak semangat tuk update skrang--tetiba lak dtg m0od--sengal betul Y.Y

bila bangun pg td..tetiba shabat baik diantara yg tbaik call ak..diajaknya ak g jomheboh..pkir2 punya pikir..AKU NAK ITOT!! da lama sangat x jenjalan kat stadium batu kawan tu..ALA..berapa tapak je pon dgn umah ak..DEKAT GAK...haha---release stress lepas exam..bukan selalu ak g tmpat camni ;)

10.30 am camtu mula bsiap2..bawak anak sedara ak sekali ; milia..boboy mula2 meraung gak nak ikot,,tapi tetiba lak beralih arah dan akhirnya membuat keputusan tuk STAY DI RUMAH...fuhhh! lega aku..buka apa..aku g naek moto..bukan naek lori!!!

Bapak ak bagi izin..mula2 engat nak g jomheboh tu naek keta akak aku..tapi clutch rosak Y.Y..so kena la merempit ke stadium...shabat2 ak ni sibuk nak g awal2..katanya nak tgok melodi live..pergh! live la sangat..dah ramai sgt org kat situ time tu --
waktu otw ke sana blaku 1kejadian yg bole buat ak guling2 kat jln raya tu akibat menahan gelak..akibat x tahan sabar akibat mnunggu lama sgt..dia tekan la hon 3 4 kali..actually mmg dia berniat nak test hon motor dia..hon punya hon..PAK CIK POLIS panggil dia ke tepi..MMG CARIK NAHAS..ini antara dialog dia n pak cik polis tu     

PAK CIK POLIS:awat hang hon2 camtu?bikin gua PANAS je!!
HAZIM    :ala pak cik..saya nak test bunyi hon sy td *kami yg dari jauh tgah asyik tahan dari gelak guling2*
PAK CIK POLIS:oooo..kalau macam tu..test la bunyi hon tu depan pak cik!

yg kitaorg x tahan tu..dia bole hon je depan pak cik tu..MEMANG SENGAL TUL! haha--tapi LAWAK GILER!

lpas tu hazim n naim pon dilepaskan dari tahanan pak cik polis tu *ceh! mcm kena tahan lak*
pjalanan pon diteruskan..x de la ap2 yg menarik sgtpon..besa je..brg MAKANAN murah..haha--itu ak suka--pastu yg besnya adalah waktu masuk RUMAH HANTU utk slot tv3 SERAM!..rm2 seorg.. mula2 tu mcm seram gak..pastu tetiba mai hantu yg SANGAT X MENAKUTKAN TAPI STILL CUTE..so kitaorg siap bergambar lagi dgn hantu2 tu..hantu2 tu pon mayb PELIK dgn perangai kitaorg..ADA AKU KESAH!!?

habes masuk kat umah antu tu..kitaorg BERLEGAR-LEGAR kejap di sekitar kwsn jomheboh tu..shopping cket *x habes2 dgn shopping* haha..bukan selalu..shppping pun x bnyak la beb..DUIT  xde.JPA x masuk lagi..bapak ad supply duit td..tp x kan nak habeskan tuk beli benda merapu2 kan..haha---

ok.klimaks semakin hampir..sebelum balik tu..kitaorg lepak2 kat tepi parkir motor tu jap..n x semena2 bila nak balik tu..AKU BARU PERASAN YG FON AKU DA X ADA!! gelabah gak mncarinya..n TETIBA *sengal je* terdetik hati aku tuk tgok melalui lubang di dlm longkang tu....---
sory..x berapa jelas sgt!


astaghafirullahalazim!! fon aku!! ada dlm longkang!! Y.Y
mula2 shabat2 aku engat aku maen2..*aku kan suka bergurau* haha
pastu diaorg mai check! eh2..betuila...huhu
dah la dlm longkang tu...dari JAOH ak da nmpak nset ak sdg ditenggelami air  huhuhu--

Mula2 berkira2 jgak tuk mntak anak sedara aku turun ikut lubang tu sebab lubang tu kecik! *aku mana muat* lalalaala
naseb baek la si hazim ni baek hati n sanggup turun ke dlm longkang tu tuk selamatkan fon aku..
*HAZIM! nnt aku blnja KFC mcm yg ang nak tu*haha mmg sgt terharu sbab dia snggup turun..CIK MAT N NAIM hnya mmpu ketawa berdekah2 n berguling2 time tu.SENGAL!

time balik lagila! aku yg atas moto ngan milia hnya mmpu gelak mengilai sepanjang perjalanan.KITAORG SESAT! pdhal event tu area sg bakap je pown..adoiii--- disebabkan nak elakkan diri dari tersekat dlm kesesakan lalu lintas--kitaorg amik alternatif tuk ambik SHORTCUT! shortcut la sangat..haishhh!! dugaan sungguh! motor cik mat lak x de angin...milia pulak TERTIDUR atas motor..tertidur la sangat...Y.Y

smpai2 di rumah..check fon..alangkah sedihnya fon sudah x bole digunkan...huhu---
utk mngubat kesedihan di hati...KAK NDA bawak gi belanja makan KFC!! yeayyyy~~ KFC =)..
*ok..cukup la tu berpoya2..smbung tugas tuk telefon ADIK2 SANTUN yg lain!! ^^

                                                                                                  p/s:sayur KFC bole tahan sedap..hehe ;)

Wednesday, October 20, 2010

:::TentAng AyAh:::

  • Biasanya, bagi seorang anak perempuan yang sudah dewasa, yang sedang bekerja diperantauan, yang ikut suaminya merantau di luar kota atau luar negeri,yang sedang bersekolah atau kuliah jauh dari kedua orang tuanya...Akan sering merasa rindu sekali dengan ibunya..Lalu bagaimana dengan AYAH?
  • Mungkin kerana ibu lebih sering menelefon untuk menanyakan keadaanmu setiap hari, tapi tahukah kamu, jika ternyata ayah-lah yang mengingatkan ibu untuk menelefonmu?
  • Mungkin dulu sewaktu kamu kecil, ibu-lah yang lebih sering mengajakmu bercerita atau berdongeng, tapi tahukah kamu, bahwa sekembalinya ayah dr bekerja dan dengan wajah lelah ayah selalu menanyakan pada ibu tentang khabarmu dan apa yang kau lakukan seharian?
  • Pada saat dirimu masih seorang anak perempuan kecil.Ayah biasanya mengajari putri kecilnya naik basikal .Dan setelah ayah mengganggapmu sudah boleh menunggangnya, ayah akan melepaskan roda bantu di basikalmu .Kemudian Ibu bilang : "Jangan dulu ayahnya, jangan ditanggalkan dulu roda bantunya", itu kerana ibu takut puteri manisnya akan terjatuh lalu terluka....
  • Tapi sedarkah dikau?Bahwa ayah dengan yakin akan membiarkanmu, menatapmu, dan menjagamu mengayuh basikal dengan seksama kerana dia tahu puteri kecilnya PASTI mampu melakukannya.
  • Pada saat kamu menangis merengek meminta alat permainan yang baru, ibu menatapmu hiba.Tetapi ayah akan mengatakan dengan tegas : "Boleh, kita beli nanti, tapi tidak sekarang" Tahukah kamu, ayah melakukan itu kerana ayah tidak ingin kamu menjadi anak yang manja dengan semua tuntutan yang selalu dapat dipenuhi.
  • Saat kamu ditimpa sakit , ayah lah yang terlalu khawatir sampai kekadang sedikit membentak dengan berkata : "Sudah di beritahu! kamu jangan minum air sejuk!".Berbeza dengan ibu yang memperhatikan dan menasihatimu dengan lembut.Ketahuilah, saat itu ayah benar-benar mengkhuatirkan keadaanmu..
  • Ketika kamu sudah beranjak muda remaja..Kamu mulai menuntut pada ayah untuk mendapat keizinan keluar malam, dan ayah bersikap tegas dan mengatakan: "Tidak boleh!".Tahukah kamu, bahwa ayah melakukan itu untuk menjagamu?Kerana bagi ayah, kamu adalah sesuatu yang sangat - sangat luar biasa berharga..Setelah itu kamu marah pada ayah, dan masuk ke kamar sambil membanting pintu...
  • Dan yang datang mengetok pintu dan memujukmu agar tidak marah adalah ayah.Tahukah kamu,bahwa saat itu ayah memejamkan matanya dan menahan gejolak dalam batinnya, Bahwa ayah sangat ingin mengikuti keinginanmu, Tapi lagi-lagi dia HARUS menjagamu?
  • Ketika saat seorang teman lelaki mulai sering menelefonmu, atau bahkan datang ke rumah untuk menemuimu,ayah akan memasang wajah paling cool sedunia.... :') ayah sesekali menguping atau mengintip saat kamu sedang berbuall berdua di ruang tamu..Sedarkah kamu, kalau hati ayah merasa cemburu?
  • Saat kamu mulai lebih dipercaya, dan ayah melonggarkan sedikit peraturan untuk keluar rumah untukmu, kamu akan memaksa untuk melanggar jam malamnya.Maka yang dilakukan ayah adalah duduk di ruang tamu, dan menunggumu pulang dengan hati yang sangat khuatirdan bimbang.Dan setelah perasaan khuatir itu berlarut - larut.Ketika melihat puteri kecilnya pulang larut malam hati ayah akan mengeras dan memarahimu..Sedarkah kamu, bahwa ini kerana hal yang di sangat ditakuti ayah akan segera datang? "Bahwa puteri kecilnya akan segera pergi meninggalkannya"
  • Setelah lulus SPM, Ayah akan sedikit memaksamu untuk menjadi seorang Doktor atau Engineer. Ketahuilah, bahwa seluruh paksaan yang dilakukan ayah itu semata - mata hanya karena memikirkan masa depanmu nanti.Tapi ayah tetap tersenyum dan menyokongmu saat pilihanmu tidak sesuai dengan keinginan ayah.
  • Ketika kamu menjadi gadis dewasa.Dan kamu harus pergi kuliah dikota lain.ayah harus melepaskanmu di bandar.Tahukah kamu bahwa badan ayah terasa kaku untuk memelukmu? Ayah hanya tersenyum sambil memberi nasihat ini - itu, dan menyuruhmu untuk berhati-hati.Padahal ayah ingin sekali menangis seperti ibu dan memelukmu erat-erat.Yang ayah lakukan hanya menghapus sedikit air mata di sudut matanya, dan menepuk pundakmu berkata "Jaga dirimu baik-baik ya sayang".Ayah melakukan itu semua agar kamu KUAT....kuat untuk pergi dan menjadi dewasa.
  • Disaat kamu kesempitan wang untuk membiayai perbelanjaan semester dan kehidupanmu, orang pertama yang mengerutkan kening adalah ayah. Ayah pasti berusaha keras mencari jalan agar anaknya boleh merasa sama dengan teman-temannya yang lain.Ketika permintaanmu bukan lagi sekadar meminta alat mainan yang baru, dan ayah tahu ia tidak mampu memberikan apa yang kamu inginkan...
  • Kata-kata yang keluar dari mulut Ayah adalah : "Tidak.... Tidak boleh!" Padahal dalam batin Ayah, Ia sangat ingin mengatakan "Iya sayang, nanti ayah belikan untukmu".Tahukah kamu bahwa pada saat itu Ayah merasa gagal membuat anaknya tersenyum?
  • Saatnya kamu berjaya sebagai seorang sarjana. Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan memberi tepuk tangan untukmu.Ayah akan tersenyum dengan bangga dan puas melihat "puteri kecilnya yang tidak manja berhasil tumbuh dewasa, dan telah menjadi seseorang" Sampai saat seorang teman Lelakimu datang ke rumah dan meminta izin pada ayah untuk mengambilmu darinya.Papa akan sangat berhati-hati memberikan izin..Kerana Ayah tahu.....Bahwa lelaki itulah yang akan menggantikan posisinya nanti                                                
  • Dan akhirnya....
  • Saat ayah melihatmu duduk di kerusi pelaminan bersama seseorang Lelaki yang di anggapnya mampu menggantikannya, Ayah pun tersenyum bahagia..Apakah kamu mengetahui, di hari yang bahagia itu ayah pergi kebelakang pentas pelaminan sebentar, dan menangis? Ayah menangis karena ayah sangat berbahagia, kemudian ayah berdoa....Dalam lirih doanya kepada Tuhan, Ayah berkata: "Ya Allah tugasku telah selesai dengan baik....Puteri kecilku yang lucu dan kucintai telah menjadi wanita solehah yang cantik....Bahagiakanlah dia bersama suaminya...rahmatilah kehidupan mereka Ya Allah"
  • **Ayah Tercinta**
  • Setelah itu Ayah hanya mampu menunggu kedatanganmu bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk...Dengan rambut yang telah dan semakin memutih....Dan badan serta lengan yang tak lagi kuat untuk menjagamu dari bahaya....Ayah telah menyelesaikan tugasnya....Papa, Ayah, Bapak, atau Abah kita...Adalah sosok yang harus selalu terlihat kuat...Bahkan ketika dia tidak kuat untuk tidak menangis...Dia harus terlihat tegas bahkan saat dia ingin memanjakanmu.Dan dia adalah yang orang pertama yang selalu yakin bahwa "KAMU MAMPU" dalam segala hal..


Monday, October 18, 2010

سبحان الله

 

~Cuba lihat pd titik pd kalimah ALLAH selama 10 saat dan alihkan
pandangan pd dinding kosong.. lihatlah keajaibannya. ...subhanallah..
rasa sgt KAGUM dgn ilusi mata kurniaanNya ini..~Maha Suci Allah~