Tuesday, May 10, 2011

Pagi2 Pun Berpeluh?

Korang pun rasa gak kan?
walaupun baru lepas mandi, terasa bahang kepanasannya. Mlm2 buta pun mcm tu.Naseb baek bawak payung sepanjang masa. Aku ingatkan aku dah tak normal.Sampailah td aku terbaca post dari IluvIslam. 
Setong air pun tak cukup rasanya utk basahkan tekak. Asyik dahaga je rasanya.

Suhu panas yang melanda Semenanjung Malaysia ketika ini hanya bersifat sementara dan dijangka berakhir dalam masa seminggu lagi, kata Pengarah Pusat Ramalan Cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia, Saw Bun Liong. [alhamdullilah !yeay!]

Beliau berkata keadaan panas ketika ini sehingga menjangkau suhu 36.2 darjah Celcius adalah disebabkan Ribut Tropika Aere yang dikesan di utara Filipina yang meniup angin dari arah Barat Daya ke negara ini.

Ohhhh, jadi inilah sebabnya ^-^
burung pun taw sejukkan diri =p

p/s 1: produk penghawa dingin nampaknya semakin laris di pasaran.

p/s 2: bnyakkan minum air !!

p/s 3: mandi bebanyak kali kalau sempat. jgn nak jadi kerbau sgt.

p/s 4: Ni semuanya kepanasan dunia je, panas sikit pun 1Malaysia dah merungut. jadi boleh agak2 tak mcmmn panasnya Akhirat? .Wallahualam. -.-''


p/s 5: Besok hari ke-6 bekerjaya :)

Sunday, May 8, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa

Filem ini bagi aku best.Rating aku 4.95/5. tinggi kan?  Sebab aku memang suka sejarah kot. yang kurang 0.5 tu adala sikit2 kelemahan dari segi teknik CGInya. yang lain, perfect ! HAHA
Ini adalah permulaan yg baek utk industri perfileman Malaysia untuk memartabatkan filem2 berbentuk epik pulak. Laen daripada biasa. Itu yg menarik aku untuk tengok. and It's worth it. Suka!
Dah jemu tengok kisah cinta, dan hantu. Sory to say that. Tabik spring lah utk Yusri KRU dan krew2 fiem ni ! Ingat senang ke hah nak buat filem epik macam ni??! Dah la cerita ni berkait rapat dengan sejarah negara. huhu.


Filem yang penuh aksi ini nampak lebih menarik dgn teknik CGI dan sephia yang digunakan. Rasanya, dlm ketiga2 filem arahan Yusry KRU, HMM yg paling berjaya. First tengok trailer movie ni adalah di Midvalley tapi last week baru aku tengok akibat kekangan masa utk exam. Lepas habes sekali, aku bukak sekali lagi taw tak?! Ulang 2kali taw. HAHA
Di Goa, India

Kalau korang perasan, teknik gambar yang digunakan dalam ni menarik and bagi aku, mampu utk membawa penonton2nya utk kembali ke Zaman Pemerintahan Langkasuka <--- da macam pengulas filem ! HAHA.khabrnya ditayangkn di 72 buah negara.hebatlah kalau betol ! ;)
Putera Dari Romania Marcus Capricus yang dibawakan oleh Gavin {dia tengah pandang2 Merong yang sedang bertarung}

Stephen Rahman pulak hensem okeh ! sesuai  dengan watak Merong.Sape lagi artis Malaysia yang boleh dikatakan layak utk membawa dan mendalami watak Merong tu? Cer cakap Cer cakap kalau ada. Dia tangkas dan berkarisma untuk menjadi Raja kepada rakyatnya walaupun sekejap aja tempoh pemerintahannya.
pembawaan watak yg berkesan oleh semua pelakon dengan penggunaan bahasa Melayu klasik yang sgt bermakna ;)

 Geram betul aku dgn Kemawas si Ketua Geruda tu. [tetiba ja] HAHA. Itu maknanya, Khir Rahman berjaya mendalami wataknya yang jahat, tak berperikemanusiaan dan zalim.terbaek la khir rahman! wajah dan aura jahat dia memang menjadi 0_o
kan? Muka kejam

Embok pulak memang sesuailah dilakonkan oleh Ummi Nazeera sebab pakej wajah kemelayuan yang dimilikinya. Puteri dari Cina dan Putera dari Rom pulak adalah sebab utama keseluruhan konflik dalam filem ni berlaku. Salahkan mereka ! HAHA. filem ini jugak ada unsur2 komedi yang bnyak diutarakan oleh si dayang utk Puteri Cina tu. Boleh tahan lawak la jugak.
Sesuai bawa watak Embok.

Ending film ni aku sedih sikit. Sebab si Merong tu mati. sob3 [over je]. Tapi,sebenarnya ianya jelas menunjukkan yang Merong, seorang Raja Langkasuka yang sanggup berkorban demi kebahagiaan orang lain. Waaaa *nanges*
cantek kapal2 tu. kan bagus kalau ada replika. bole gak buat hiasan kat umah.AHAHA
Pantun yang sering diungkapkan oleh Merong sangatlah bermakna dan mempunyai maksud yang tersirat dan tersurat. Waktu mula2 dgr pantun ni diungkapkan, aku sendiri pun terkial2 tuk pikirkan apalah sebenarnya maksud ni.Pantun ni menjadi kata2 yang mempunyai 1001 maksud sampailah dia jadi dewasa. *so sweet*
bayangkanlah, di saat Merong nak menghembuskan nafas terakhir pun, pantun tu diungkapkan dan di saat itu barulah terjawab semuanya. *nanges*
hensem kan? Merong Mahawangsa. Raja Langkasuka yang pertama.

Sampai masa tibanyya waktu, Redup hati kaum berdua, Bila dua jasad bersatu, Hidup mati jadi bersama.

kbye. tu je nak tulis kali ni.

p/s :sumber gambar dari en google.

Friday, April 22, 2011

Jalan-Jalan Cari Makan

oh yeah, semalam g makan dekat Mamam Cafe dekat tasik Titiwangsa . kul 6.10 ptg baru gerak dari kolej. jalan kaki amik2 angin, sampai dekat kafe tu pon dekat 6.40. tak sempat nak berphotoshoot bebanyak2 .HAHA
Ni la hasil photoshoot kitaorg [mkdtka].
khas utk Nazmin Azhana Umar dan Nur Aini Jamaluddin :P

kemaen kan merenung masa depan si aini ngan min ni.
min gendot ! kemaen ayu :)
otw time nak balik semula ke kolej.Sempat lagi pose :P

alolo tomey2 .
bnyaknya ais batu dlm gelas aini.hik3
okfine.Min makan nasi 'goreng' telur goreng.
laen kali nak order yang ada ayam :P

ok, da habes. Jom balik.
[pinggan aku adalah yg plg bnyak sayur] HAHA



Mcg dgn sapa tu? ehem2 :p



















and.. that's me !  kih3
























ok, bye. Nanti kita g makan dekat Sawarabina Cafe lak ye :P

:: Alasan Pelajar Universiti Tak Lulus ::

Jika kita lihat dari kiraan hari ini, sebenarnya bukan salah mahasiswa/i bila dia tidak lulus ujian,Sebab bagaimana nak lulus, nak belajar pun dia tidak sempat…

Tahukah anda, setahun itu hanya terdapat 365 hari yang kita tahu sebagai tahun akademik …

Mari kita kira!

Hari Minggu
52 hari dalam setahun. Anda pasti tahu bahawa hari minggu itu adalah hari istirehat.

Baki tinggal 313 hari.

Hari Cuti Umum
Lebih kurang terdapat 30 hari cuti umum dalam setahun, misalnya tahun baru, hari raya, dsb…

Baki tinggal 283 hari.

Cuti Semester
Semua pelajar akan bercuti dan tidak akan ada kuliah. Biasanya lebih kurang 2 bulan lebih, anggaplah lebih kurang 60 hari.

Baki tinggal 223.

Tidur yang paling baik adalah 8 jam sehari untuk kesihatan, jadi 120 hari digunakan untuk tidur.

Baki tinggal 103 hari.

Beribadat
Paling tidak setengah jam sehari kita beribadah, kita anggarkan 8 hari dalam setahun.

Baki tinggal 95 hari.

Bermain
Hal yang paling baik untuk kesegaran dan kesihatan adalah bermain. Paling tidak memerlukan 1 jam sehari. Digunakan lagi 15 hari.

Baki hari tinggal 80.

Makan
Sekurang-kurangnya selama satu hari kita habiskan sejam untuk makan atau minum,hilang lagi 15 hari.

Baki tinggal 65 hari.

Berborak
Jangan lupakan, bahawa manusia adalah makhluk sosial yang memerlukan berinteraksi dengan orang lain. Kita ambil 1 jam sehari untuk berbual. 15 hari terpakai lagi.
Baki tinggal 50 hari.

Sakit
Manusia memang kadangkala sakit, tak kira teruk atau pun tak. Paling tidak 5 hari dalam setahun dikira.

Baki tinggal 45 hari.

Exam
Exam itu sendiri biasanya dilakukan selama 2 minggu persemester. Bererti, 24 hari sudah dikhaskan untuk exam.

Baki tinggal 21 hari.

Refreshing
Untuk menyegarkan fikiran, refreshing itu perlu. Tgk wayang dan jalan-jalan paling tidak dihabiskan 5 hari dalam setahun.

Baki tinggal 16 hari.

Surfing Internet
Zaman sekarang ni mesti layan internet untuk mengetahui perkembangan isu semasa atau layan facebook atau paling tidak pun layan blog isu hangat . Kira paling sedikit masa pun purata sejam sehari, kita memerlukan 15 hari setahun.

Jadi baki tinggal 1 hari..
Satu hari yang tinggal tu kan HARI JADI….!!!

Mana boleh belajar! kih3

sumber  dari page  facebook
'saya xpandai la komen, saya hanya pandai like jer kih3 '

:: Tak Tawu Nak Letak Title Apa ::

Haish, membara-bara membuak- buak keinginan aku utk turut serta meronggeng dengan kosmate2 g Pesta Buku la tgok muvie la apa la cekadak tu la, tp aku duduk bilik layan Merlin. Eh, betul ke cita The Roomate tu best ? Naseb baek next year duduk bilik sensorang. kih3 eh3, JANGAN SALAH FAHAM pulak. aku dgn rumet aku rapat sesangat. Tapi, next year, dia dapat duduk Plaza Rah. X dpt nak duduk sekali/ dekat2 dah :(
sape nak belanja aku tengok roomate? jom3! ahaha
 Eh3 dah lari tajuk. Saje je nak kecoh kat blog ni. dah x da tempat laen aku nak menconteng. Conteng dinding bilik nanti kena denda pulak. Baik conteng blog :P

Hari Ahad ni geng2 biomed buat Jamuan Riang Ria Perpisahan dan Aidilfitri Geng2 Biomed 1st year dekat tepi tasik titiwangsa.[kemaen nama event kan] HAHA Kecoh la 1satu tasek tu nnt. dlm DK pun da kecoh, inikan pula tempat lain. Makanan ----> Mc D atau Dominos. Depends pada masing2 la. duit pun sendiri.Pastu yg best, adala game2 sikit n PHOTOSHOOT of coz !
bestnya kalau dapat hadiah bebanyak mcm tu :P

N kitaorg tukar2 hadiah sesama sendiri. Naseb baek ak kena kasi hadiah dekat dak pompuan. Kalau dapat dak laki, x ke naya nak memikir pulak cekadak apa yg nak dikasi. SEBAB tu la aku kuar g TS tadi. 1jam je kot jalan2 kat situ cari hadiah. tak sanggup nak jenjalan lelama. Kengkawan ak yg lain nak tgok cekadak The Roommate tu, tp aku dah malas. Da berazam dari mula td nak g beli hadiah je. bukan tengok muvie sekali !

ok,, tu je yg aku nak ngarut. Roomate aku balik. Sorang2 mlm ni n mlm besok.Isnin ni exam TITAS. Khamis depan biochem lab exam.Pastu nak balik umah KEJAP before start keja. 
kbye.Assalamualaikum :)

p/s :Nak g Tasik  Titiwangsa jap dgn Min n Aini japg. Nak buat mini photoshoot dekat situ. kih3.

Thursday, April 21, 2011

Diari SANTUNians [Part 2]

Seperti yang dijanjikan, ini adalah kesinambungan dari Diari SANTUNians [Part 1]  

Perkhemahan Nasional SANTUN 2010 di UUM, PLKN Sintok, Kedah dan Bengkel Pemantapan dan Hala Tuju SANTUN di Hotel Seri Malaysia JB


Para peserta lelaki termasuk aku,Kak Aishah, Kak Sham dan Kak Shima.
sesi bergambar lepas ceramah yang best di Masjid UUM, Sintok

Aku, Aqma, Abg Azhar, Iswandi,Abg Dapur, Syafiq n kwn2nya n kak Aishah sampai awal di Sintok utk set up tempat penginapan n cekadak2 laen.
Kak Aishah, Nazri, Aqma, Kak Yasmin, Kak Sham, Abg Azrai, Kak Awin, Kak Shima, Kak Hana, Kak Dayah, Hafiz, Abg Ilyas n Syarif.
Sementara tunggu penceramah sampai kalau tak silap.Di Masjid UUM.
yeay! im specky.

 
wajah2 ceria Kak Sham, Kak  Mira n santunians yang lain.
 Program Bakti SANTUN.
aku ditempatkan di Wang Tepus ! Best !
Mengasah skill aku menconteng dinding library.
yang laen2 ditempatkan di Bukit Hantu, Yan, dan Taman Indera. Siyes, pengalaman ini tak mungkin dilupakan sampai bila2. :")
dengan aqma, midat and iqa, Miss all of u damn much ! :")
 laen kali nak lagu hindustan utk senamrobik :P
Sesi senaman di waktu pagi.
yes ! aku di depan. HAHA
Orang Kuat SANTUN.---> abg azrai, kak sham and abg fikri
Kak Sham dengan senyuman yang tak puas hati thadap photographer~ HAHA





Dengan Saleha . Kemaen bergambar je kejanya :P
Dapat 1bilik dgn dia. Time ni la dapat kenal dia dgn lebih rapat . :)
kak Fatin, Saleha, Aqma and aku :)
Malam perbincangan.
 [ sempat lagi bergambar ] AHAHA
Sebelum maen golf ! posing!
enjak, enjak, enjak :P
Macam majlis hari raya. Selamat Hari Raya !
Dengan akak tersayang, Kak Fatin :)
Semasa sesi persidangan
bergambar shj dimana2 yg ada kamera.
sebelum pegi senaman pagi.
kemaen org yg posing depan sekali tu. Shopping2 di The Zone lepas maen golf.
Walaupun kepala benjol, itu semua tolak tepi ! shopping coklat, shopping kasut
kihkih





ok, sampai di sini sahaja nukilan tentang SANTUN :)
moga ketemu lagi untuk nukilan seterusnya tentang aktiviti lain :P

Wednesday, April 20, 2011

:: Program Seterusnya ::


khas untuk SANTUNians ! next program are coming.


28 Mei -29 Mei 2011
Dewan Utama YaPEIM, Jalan Kampung Attap 

Mesyuarat Agong Tahunan Koperasi SANTUN + Majlis penyerahan dan Ramah Mesra Mentor-Mentee Kelab SANTUN Adik-Adikku.

Next program are coming. But im sure, x sama dengan program2 sebelum ni. Legend of SANTUN dah ramai yang LI (latihan industri), praktikal and whatsoever.So, it will be difficult for them to join us and tak dilupakan seseorang yang merupakan orang kuat SANTUN, yang tak akan lagi bersama2 dlm program2.
Kebanyakan yang dah kasi nama pada aku, adalah terdiri daripada SANTUN batch 4 dan 5. Batch 3 ada la sikit. Batch 1 dan 2 langsung tak ada.Hmm, nmpaknya banyak sekali perkara yang berubah.
alangkah bagusnya kalau aku dapat pegang macam tu.


Ok, heharap sangat cekadak AGM ni terclash dengan program HC under UKM. tarikh n senarai peserta belum keluar lagi. 


p/s 1: bagi santun2 yg berada jauh di utara, timur atau di selatan, boleh bergerak ke yapiem pd 27hb. penginapan disediakan pada malam 27hb tu.
p/s 2: sila inboxkan nama penuh, num ic, num tel beserta batch msg2 pada saya thru Facebook. TQ.=)
p/s 3: yeay ! sempat jugak menghapdate blog sebelum g exam academic com japg. hikhik.