Sunday, August 28, 2011

AGM Koperasi SANTUN dan SANTUN Adik-Adikku

4-7 Jun 2011.

tarikh yang singkat.
program pertama yang diadakan dalam tempoh masa aku berkhidmat sementara di YaPEIM.

preparation awalnya dibantu oleh Suhaiza Wook dan kak Faezah Hadzir. dan itulah kali pertama aku dan dia tidur di ofis YaPEIM. [sebenarnya malas nak balik ke UKM di Titiwangsa. kena jalan, naik monorel, jalan, naik teksi dan jalan lagi, penat! ]. so we decide to stay for a night there. memang dapat pengalaman yang baru. pengalaman yang tak kan boleh dapat dari mana2 pun. 

Time preparation tu. semaknya, Nauzubillah. tak percaya? tengokla gambar kat bawah ni. HAHA
semak kan? mampu?

pastu. paginya. ada undangan perkahwinan oleh Timbalan Ketua Pengarah YaPEIM. anaknya berkahwin. dalam kesibukan menjemput SANTUNians yang hadir di seluruh stesen2 sekitar Kuala Lumpur, sempat jugak makan nasik minyak!

Dan yang paling lawaknya. bila aku menjejakkan kaki semula ke YaPEIM, si Syahir nampak aku dan cakap  ' Kak Aishah, tu dia Husna dah sampai'! wadehek?! aku ada di YaPEIM bzaman dah kot. rupa2nya, syahir dan yang lain2 nak ambil alih tugas aku yang mengambil SANTUNians dari stesen masing2 dan mereka2 suruh aku rehat. HAHA. SERIOUS aku rasa lawak masa tu. 
see? tak tipu :P

*kawan2. bukan aku sengaja nak buat semua tu sensorang. tapi SANTUNians yang tak nak berenggang dengan aku. telefon aku tak henti2 . HAHA. 

dalam kesibukan berprogram tu, ada sambutan hari lahir untuk SANTUNians yang lahir pada bulan May! selamat makan kek uoll's! :P

terasa nak letak gambar mamat ni. :P tapi bukan bufday dia  seorang!
AGM koperasi di Dewan Utama YaPEIM. 
Pelancaran SANTUN Adik-Adikku (di bawah JAKIM) pula di Hotel Putra, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. ada 14 orang mentee semuanya dan 56 orang Mentor daalam kalangan SANTUNians sendiri. Muhammad Amirul Munir Jazlin (Juara Adik-Adikku musim ke-2) merupakan mentee aku bersama Muhamad Husni bin Rahim, Muhammad Nasir bin Mohd Rubi dan juga Khirul Amir. seronok dapat bermenteekan Munir. =)

I think this is enough about this program. banyak lagi gambar. tapi kalau nak tengok2 gambar program.klik je la link kat bawah ye! :)



Saturday, August 6, 2011

syukur. syukur. syukur

4.10 pagi. 7 ogos 2011.
Gigih aku nak buat semua benda pagi ni.
alang2 nak bersahur dah ni.
eh lupa pulak, selamat berpuasa!
banyak sangat cekadak yang nak diceritakan sebenarnya.
tapi tak tahu nak mulakan dengan yang mana dulu.
balik kampung la, itu la, iniila. 
apa2pun, saje nak bagitahu, yang aku dah ada di kampung! Sg bakap! nikmat sangat rasanya.
berniaga di bazar ramadhan.
membeli dan membelah. pegi ziarah kubur arwah mak, jumpa kengkawan lama, berpeluk2kan. bergosip2. nanges2 sikit. ada yang cakap aku kurus dah sikit *pengsan. HAHA
pergi jenguk cikgu2 kesayangan di SMK Tun Syed Sheh Barakbah. 
dan settlekan apa yang masih belum settle.
terima kaseh juga pada kak aishah yang sanggup hantar aku straight ke dalam rumah. terharu dowh. tima kaseh banyak2! :")
banyak kan perkara bole buat dalam masa 3hari? hehe. 
syukur. syukur. syukur
Muka tengah hepi sebab dapat balik kampung tu! :')


Tuesday, May 10, 2011

Pagi2 Pun Berpeluh?

Korang pun rasa gak kan?
walaupun baru lepas mandi, terasa bahang kepanasannya. Mlm2 buta pun mcm tu.Naseb baek bawak payung sepanjang masa. Aku ingatkan aku dah tak normal.Sampailah td aku terbaca post dari IluvIslam. 
Setong air pun tak cukup rasanya utk basahkan tekak. Asyik dahaga je rasanya.

Suhu panas yang melanda Semenanjung Malaysia ketika ini hanya bersifat sementara dan dijangka berakhir dalam masa seminggu lagi, kata Pengarah Pusat Ramalan Cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia, Saw Bun Liong. [alhamdullilah !yeay!]

Beliau berkata keadaan panas ketika ini sehingga menjangkau suhu 36.2 darjah Celcius adalah disebabkan Ribut Tropika Aere yang dikesan di utara Filipina yang meniup angin dari arah Barat Daya ke negara ini.

Ohhhh, jadi inilah sebabnya ^-^
burung pun taw sejukkan diri =p

p/s 1: produk penghawa dingin nampaknya semakin laris di pasaran.

p/s 2: bnyakkan minum air !!

p/s 3: mandi bebanyak kali kalau sempat. jgn nak jadi kerbau sgt.

p/s 4: Ni semuanya kepanasan dunia je, panas sikit pun 1Malaysia dah merungut. jadi boleh agak2 tak mcmmn panasnya Akhirat? .Wallahualam. -.-''


p/s 5: Besok hari ke-6 bekerjaya :)

Sunday, May 8, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa

Filem ini bagi aku best.Rating aku 4.95/5. tinggi kan?  Sebab aku memang suka sejarah kot. yang kurang 0.5 tu adala sikit2 kelemahan dari segi teknik CGInya. yang lain, perfect ! HAHA
Ini adalah permulaan yg baek utk industri perfileman Malaysia untuk memartabatkan filem2 berbentuk epik pulak. Laen daripada biasa. Itu yg menarik aku untuk tengok. and It's worth it. Suka!
Dah jemu tengok kisah cinta, dan hantu. Sory to say that. Tabik spring lah utk Yusri KRU dan krew2 fiem ni ! Ingat senang ke hah nak buat filem epik macam ni??! Dah la cerita ni berkait rapat dengan sejarah negara. huhu.


Filem yang penuh aksi ini nampak lebih menarik dgn teknik CGI dan sephia yang digunakan. Rasanya, dlm ketiga2 filem arahan Yusry KRU, HMM yg paling berjaya. First tengok trailer movie ni adalah di Midvalley tapi last week baru aku tengok akibat kekangan masa utk exam. Lepas habes sekali, aku bukak sekali lagi taw tak?! Ulang 2kali taw. HAHA
Di Goa, India

Kalau korang perasan, teknik gambar yang digunakan dalam ni menarik and bagi aku, mampu utk membawa penonton2nya utk kembali ke Zaman Pemerintahan Langkasuka <--- da macam pengulas filem ! HAHA.khabrnya ditayangkn di 72 buah negara.hebatlah kalau betol ! ;)
Putera Dari Romania Marcus Capricus yang dibawakan oleh Gavin {dia tengah pandang2 Merong yang sedang bertarung}

Stephen Rahman pulak hensem okeh ! sesuai  dengan watak Merong.Sape lagi artis Malaysia yang boleh dikatakan layak utk membawa dan mendalami watak Merong tu? Cer cakap Cer cakap kalau ada. Dia tangkas dan berkarisma untuk menjadi Raja kepada rakyatnya walaupun sekejap aja tempoh pemerintahannya.
pembawaan watak yg berkesan oleh semua pelakon dengan penggunaan bahasa Melayu klasik yang sgt bermakna ;)

 Geram betul aku dgn Kemawas si Ketua Geruda tu. [tetiba ja] HAHA. Itu maknanya, Khir Rahman berjaya mendalami wataknya yang jahat, tak berperikemanusiaan dan zalim.terbaek la khir rahman! wajah dan aura jahat dia memang menjadi 0_o
kan? Muka kejam

Embok pulak memang sesuailah dilakonkan oleh Ummi Nazeera sebab pakej wajah kemelayuan yang dimilikinya. Puteri dari Cina dan Putera dari Rom pulak adalah sebab utama keseluruhan konflik dalam filem ni berlaku. Salahkan mereka ! HAHA. filem ini jugak ada unsur2 komedi yang bnyak diutarakan oleh si dayang utk Puteri Cina tu. Boleh tahan lawak la jugak.
Sesuai bawa watak Embok.

Ending film ni aku sedih sikit. Sebab si Merong tu mati. sob3 [over je]. Tapi,sebenarnya ianya jelas menunjukkan yang Merong, seorang Raja Langkasuka yang sanggup berkorban demi kebahagiaan orang lain. Waaaa *nanges*
cantek kapal2 tu. kan bagus kalau ada replika. bole gak buat hiasan kat umah.AHAHA
Pantun yang sering diungkapkan oleh Merong sangatlah bermakna dan mempunyai maksud yang tersirat dan tersurat. Waktu mula2 dgr pantun ni diungkapkan, aku sendiri pun terkial2 tuk pikirkan apalah sebenarnya maksud ni.Pantun ni menjadi kata2 yang mempunyai 1001 maksud sampailah dia jadi dewasa. *so sweet*
bayangkanlah, di saat Merong nak menghembuskan nafas terakhir pun, pantun tu diungkapkan dan di saat itu barulah terjawab semuanya. *nanges*
hensem kan? Merong Mahawangsa. Raja Langkasuka yang pertama.

Sampai masa tibanyya waktu, Redup hati kaum berdua, Bila dua jasad bersatu, Hidup mati jadi bersama.

kbye. tu je nak tulis kali ni.

p/s :sumber gambar dari en google.

Friday, April 22, 2011

Jalan-Jalan Cari Makan

oh yeah, semalam g makan dekat Mamam Cafe dekat tasik Titiwangsa . kul 6.10 ptg baru gerak dari kolej. jalan kaki amik2 angin, sampai dekat kafe tu pon dekat 6.40. tak sempat nak berphotoshoot bebanyak2 .HAHA
Ni la hasil photoshoot kitaorg [mkdtka].
khas utk Nazmin Azhana Umar dan Nur Aini Jamaluddin :P

kemaen kan merenung masa depan si aini ngan min ni.
min gendot ! kemaen ayu :)
otw time nak balik semula ke kolej.Sempat lagi pose :P

alolo tomey2 .
bnyaknya ais batu dlm gelas aini.hik3
okfine.Min makan nasi 'goreng' telur goreng.
laen kali nak order yang ada ayam :P

ok, da habes. Jom balik.
[pinggan aku adalah yg plg bnyak sayur] HAHA



Mcg dgn sapa tu? ehem2 :p



















and.. that's me !  kih3
























ok, bye. Nanti kita g makan dekat Sawarabina Cafe lak ye :P

:: Alasan Pelajar Universiti Tak Lulus ::

Jika kita lihat dari kiraan hari ini, sebenarnya bukan salah mahasiswa/i bila dia tidak lulus ujian,Sebab bagaimana nak lulus, nak belajar pun dia tidak sempat…

Tahukah anda, setahun itu hanya terdapat 365 hari yang kita tahu sebagai tahun akademik …

Mari kita kira!

Hari Minggu
52 hari dalam setahun. Anda pasti tahu bahawa hari minggu itu adalah hari istirehat.

Baki tinggal 313 hari.

Hari Cuti Umum
Lebih kurang terdapat 30 hari cuti umum dalam setahun, misalnya tahun baru, hari raya, dsb…

Baki tinggal 283 hari.

Cuti Semester
Semua pelajar akan bercuti dan tidak akan ada kuliah. Biasanya lebih kurang 2 bulan lebih, anggaplah lebih kurang 60 hari.

Baki tinggal 223.

Tidur yang paling baik adalah 8 jam sehari untuk kesihatan, jadi 120 hari digunakan untuk tidur.

Baki tinggal 103 hari.

Beribadat
Paling tidak setengah jam sehari kita beribadah, kita anggarkan 8 hari dalam setahun.

Baki tinggal 95 hari.

Bermain
Hal yang paling baik untuk kesegaran dan kesihatan adalah bermain. Paling tidak memerlukan 1 jam sehari. Digunakan lagi 15 hari.

Baki hari tinggal 80.

Makan
Sekurang-kurangnya selama satu hari kita habiskan sejam untuk makan atau minum,hilang lagi 15 hari.

Baki tinggal 65 hari.

Berborak
Jangan lupakan, bahawa manusia adalah makhluk sosial yang memerlukan berinteraksi dengan orang lain. Kita ambil 1 jam sehari untuk berbual. 15 hari terpakai lagi.
Baki tinggal 50 hari.

Sakit
Manusia memang kadangkala sakit, tak kira teruk atau pun tak. Paling tidak 5 hari dalam setahun dikira.

Baki tinggal 45 hari.

Exam
Exam itu sendiri biasanya dilakukan selama 2 minggu persemester. Bererti, 24 hari sudah dikhaskan untuk exam.

Baki tinggal 21 hari.

Refreshing
Untuk menyegarkan fikiran, refreshing itu perlu. Tgk wayang dan jalan-jalan paling tidak dihabiskan 5 hari dalam setahun.

Baki tinggal 16 hari.

Surfing Internet
Zaman sekarang ni mesti layan internet untuk mengetahui perkembangan isu semasa atau layan facebook atau paling tidak pun layan blog isu hangat . Kira paling sedikit masa pun purata sejam sehari, kita memerlukan 15 hari setahun.

Jadi baki tinggal 1 hari..
Satu hari yang tinggal tu kan HARI JADI….!!!

Mana boleh belajar! kih3

sumber  dari page  facebook
'saya xpandai la komen, saya hanya pandai like jer kih3 '

:: Tak Tawu Nak Letak Title Apa ::

Haish, membara-bara membuak- buak keinginan aku utk turut serta meronggeng dengan kosmate2 g Pesta Buku la tgok muvie la apa la cekadak tu la, tp aku duduk bilik layan Merlin. Eh, betul ke cita The Roomate tu best ? Naseb baek next year duduk bilik sensorang. kih3 eh3, JANGAN SALAH FAHAM pulak. aku dgn rumet aku rapat sesangat. Tapi, next year, dia dapat duduk Plaza Rah. X dpt nak duduk sekali/ dekat2 dah :(
sape nak belanja aku tengok roomate? jom3! ahaha
 Eh3 dah lari tajuk. Saje je nak kecoh kat blog ni. dah x da tempat laen aku nak menconteng. Conteng dinding bilik nanti kena denda pulak. Baik conteng blog :P

Hari Ahad ni geng2 biomed buat Jamuan Riang Ria Perpisahan dan Aidilfitri Geng2 Biomed 1st year dekat tepi tasik titiwangsa.[kemaen nama event kan] HAHA Kecoh la 1satu tasek tu nnt. dlm DK pun da kecoh, inikan pula tempat lain. Makanan ----> Mc D atau Dominos. Depends pada masing2 la. duit pun sendiri.Pastu yg best, adala game2 sikit n PHOTOSHOOT of coz !
bestnya kalau dapat hadiah bebanyak mcm tu :P

N kitaorg tukar2 hadiah sesama sendiri. Naseb baek ak kena kasi hadiah dekat dak pompuan. Kalau dapat dak laki, x ke naya nak memikir pulak cekadak apa yg nak dikasi. SEBAB tu la aku kuar g TS tadi. 1jam je kot jalan2 kat situ cari hadiah. tak sanggup nak jenjalan lelama. Kengkawan ak yg lain nak tgok cekadak The Roommate tu, tp aku dah malas. Da berazam dari mula td nak g beli hadiah je. bukan tengok muvie sekali !

ok,, tu je yg aku nak ngarut. Roomate aku balik. Sorang2 mlm ni n mlm besok.Isnin ni exam TITAS. Khamis depan biochem lab exam.Pastu nak balik umah KEJAP before start keja. 
kbye.Assalamualaikum :)

p/s :Nak g Tasik  Titiwangsa jap dgn Min n Aini japg. Nak buat mini photoshoot dekat situ. kih3.